Sunday, July 28, 2013

ITM & UiTM Dihati Ku - 1999-2003, Shah Alam, Selangor - Bahagian 1

Diploma 1999-2000, ITM Shah Alam

 Mak Oii!!! besarnya kampus ni. Ramainya pelajar disini. Itulah ungkapan pertama yang terkelaur di mulut ku ketika pertama kali menjejakan kaki ke ITM S.hah Alam.

Tahun pertama disini, aku diberikan kolej kediaman. Kolej Perindu namanya. Sangat besar jika dibandingkan dengan Kolej kediaman di ITM Arau dahulu. Makan percuma. Best pulak tu.Tak macam di ITM Arau dahulu nak muntah makan berlauk kan sotong dalam tin. Aku sangat gembira. Sudah tidak ada minggu Orientasi lagi. Cuma, kena hadiri aktiviti di Kolej setiap hujung minggu. Kalau nak ponteng tidak apa katanya. Tapi semester hadapan, jangan harap di terima masuk kembali. Hendak tak hendak, di ikutkan jua. Maka selama 2 semester lah aku tinggal di sana. Banyak perkara yang aku lupa sepanjang tinggal di kolej ini. Tidak ada apa yang istimewa agaknya. Yang aku ingat, 1 bilik terdapat 8 katil. Memang tak aman untuk belajar. Ada baik nya juga kolej aku dahulu. 2 katil sahaja. Sangat tenteram di musim peperiksaan. Rakan di bilik pula, aku hanya ingat sorang sahaja iaitu Bongek namanya. Yang lain tu, mungkin adalah rakan sekelas aku sendiri tetapi aku tidak ingat siapa. Bongek ni aku ingat sebab kami ada beberapa kali keluar bersama ke Kota KL. Pergi bermain Video Game lagi. Kat Shopping Kota Raya. Minat yang sama sbb itu kami bersama tapi tak lama.
 
EX5 NAW3007

Kali ni aku dah ada motor. Yahooo...lagi panjang lah langkah aku. Mak belikan aku motor yang baru selapas 2 bulan masuk di kolej. Mak belikan secara hutang sahaja. Ntah berapa la harga nya di ketika itu. Suami kepada rakan baik mak aku tolong belikan. Mak aku yang bayarkan wang pendahuluan tetapi selebihnya, kakak yang yang tolong bayarkan setiap bulan. Mujurlah, kakak sudah bekerja masa tu. Berjasa juga dia kepada aku walaupun aku tau gajinya tak seberapa. Dan motor ini juga, aku simpan sehingga sekarang. Jangan tak percaya!! Ini motor Champion. Sungguh tinggi nilai Estatika nya. Tidak terhingga kenangan nya.

Persekitaran ITM & Kawan-Kawan

Minggu pertama ke kelas memang terasa senorok sekali. Maklumlah, persekitan baru, kelas baru, Pensyarah pun  baru. Yang paling seronok sekali, melihat awek-awek yang cun sedap mata memandang. Tambahan pula, Fakulti aku bersebelahan dengan Fakulti Masscomm dan Fakulti Secratary Science. Hari-hari dapat tengok. Yang macam artis pun ada. "WOW" lagi ramai mareka-mareka ini. Lagi cantik, lagi stylo, lagi sexy dan yang sopan-sopan pun ada juga. Semuanya sedap di pandang mata. Hari-hari jumpa mareka-mareka ini. Hari-hari berlainan muka nya. Makin hari makin cantik dan stylo di jumpai. Memanghlah seronok sekali. Tapi tak berani nak dekati. Aku sedar siapalah aku ini.

Di waktu ini juga, aku sudah berkawan baik dengan semua rakan-rakan di kelas sama ada rakan perempuan ataupun lelaki. Sebabnya, ketika di kelas kami selalu diberi tugas berkumpulan. Kebanyakan kelas di kumpulan yang sama. Lama-lama menjadi sahabat rapat juga. Tetapi tidaklah sampai ke semua. Adalah beberapa orang yang aku masih ingat dan mempunyai kenangan bersama mareka.Kawan lelaki pun ramai juga tetapi kawan perempuan ada lah 4 orang yang aku rapat se ingat aku. Dan 2 orang daripada mareka ini, tetap menjadi kawan baik sehingga aku tamat pengajian Ijazah. Sehingga kini pula, aku hanya tahu khabar berita tentang Pija sahaja. 3 yang lain, hilang begitu sahaja.

Rumah Sewa Pertama

Setelah setahun tinggal di Kolej Perindu, kini tibalah masanya untuk mencari rumah sewa pula. Mula lah berbincang dengan rakan se kelas untuk di sewa bersama. Se ingat aku, rumah pertama yang di sewa adalah di Seksyen 19 Shah Alam. Berdekatan dengan stesen Komuter. Ada gerai menjual goreng pisang yang paling famous di ketika itu, dan sehingga kini juga kalau tak silap. Inilah yang di katakan betul-betul freedom. Boleh buat apa sahaja setiap masa. Bukan macam di kolej dulu, ada batasan nya.Ntah macam mana, kawan baik ku Rebung boleh tersesat menyewa bersama kami. Sedangkan, dia bukan nya budak kelas aku pun. Rumah yang di sewa adalah 2 tingkat 3 bilik kalau tak silap. Antara rakan penyewa yang masih aku ingat di waktu itu adalah Cipoi, Bongek, Firdaus, Pok Cik, Jai (Wong), Rebung dan 2 rakan kampung aku, Sharil serta Abok. Jiran sebelah punyalah sakit hati dengan kami. Aku pun tak berapa pasti apa puncanya. Aku tak salahkan dia. Kalau aku pun sama rasanya.

Bermulanya di sini, aku dan Rebung dah ada aktiviti sendiri. Kemana sahaja kami berdua. Sama ada naik motor RXZ nya atau pun EX5 aku. Sebab itu lah dulu aku pernah kata, dia ni ade chemistry lain yang sama dengan aku. Dan sebab itu juga kami serasi bersama. Ke Disco juga lah aktiviti kami berdua awalnya. Di kebanyakan malam atau di setiap hujung minggu. Pasti tidak dilepaskan peluang ini. Di zaman ini juga, baru popular dengan Chatting. Tidak kurang juga setiap malam kami pergi ke Cyber Cafe bersama untuk ber Chatting dengan siapa sahaja tidak dikenali. Muka tak nampak. Harapkan nama sahaja ketika ber chatting. Tujuan kami untuk mencari awek untuk di kenali. Beberapa percubaan dating juga kami lakukan. Sama ada, kami berdua berjumpa awek tersebut atau ade juga sekali dua aku berjumpa secara bersendirian tanpa Rebung. Paling aku tak boleh lupa, ketika bersama rebung berjumpa awek chatting nya. Dipendendek kan cerita, semua awek yang kami temui gagal melepasi standard kami. Ada yang muka manis, tapi gempal pula. Ada yang nama yang sedap tapi tak sesedap mata memandang. Ada yang stylo, tapi tak kena gaya pula. Ada pula yang seksi, kami takut nak dekati. Semuanya failed! dan kebanyakanya big size. Tidak kurang juga di ketika itu, kami memperdayakan rakan-rakan kami. Menyamar di laman chatting, dengan memberikan gambaran yang kami ni perempuan cantik dan sexy. Lantas di ajak bertemu di waktu yang sama. Punyalah sakit perut kami gelak kan kawan kami yang datang dengan harapan dapat berjumpa awek tadi. Rupa-rupanya mareka tertipu oleh kami....sangat seronok sekali bila di imbas kembali.

Hal-Hal Pembelajaran & Pelajaran

Memenag betul apa yang di katakan oleh rakan ku dahulu. Jurusan yang aku pilih ini kebanyakan nya belajar berkenaan komputer. Macam-macam Software aku pelajari. Semuanya bekenaan pemetaan yang berkaitan dengan bidang Ukur. Berkenaan semua matapelajaran yang aku pelajari di peringkat diploma ini, boleh dikatakan semuanya aku boleh ikuti dengan baik. Aku tidaklah terlau pandai, juga tidaklah terlalu ketinggalan. Tetapi aku berada diantara golongan yang hampir kepada pandai juga. Mana tidaknya, dari awal kemasukan di peringkat diploma dulu sehinggalah tamat pengajian ini, Pointer aku lebih kurang sama sahaja. >2.7 < 3.0.  Tidak banyak yang aku ingat dalam hal-hal pembelajaran. Boring agaknya, ayik duduk depan komputer sahaja. Sehinggalah di tahun akhir ketika itu, kami diberikan kumpulan untuk menyiapkan tugasan akhir yang berkaitam dengan komputer juga. Seingat aku, tugasan akhir kami berkenaan, pemilihan kawasan yang sesuai untuk di jadikan kawasan Perindustrian menggunakan aplikasi GIS. Aku hanya ingat Harris sahaja. Sebab dia yang lebih pakar dalam menggunakan aplikasi perisian GIS walaupun aku juga tahu menggunakannya. Selebihnya, aku juga membantu mencari maklumat bagi menjayakan tugasan akhir kami. Aku tak ingat siapa lagi ahli kumpulan aku, mungkin ada lagi 2-3 orang agaknya. Oh Mat Bay salah seorang daipadanya juga.

Di Penggal Akhir Pengajian Diploma GIS

Oleh kerana di penggal akhir ini, tidak ada banyak kelas yang ada, pada ketika ini aku tidak tinggal lagi di rumah sewa. Kali ini, aku tinggal di rumah Harris di USJ. Jahatnya aku, ianya adalah diluar pengetahuan mak. Maka, tiap-tiap bulan lah mak aku beri duit sewa rumah. Itu tidak termasuk duit belanja aku. Jadi setiap hujung bulan aku akan dapat duit lebih. Di tambah pula lagi duit yang aku pinta kepada kakak. Mewah juga aku di ketika itu. Ya ALLAH....berdosa betul aku tipu mak macam tu sekali. Dipendek kan cerita, aku tinggalah di rumah Harris selama 6 bulan. Aku kenal semua keluarga Harris. Mak & Ayah dia sangat baik. Aku di layan macam anak sendiri terutamanya Mak dia. Sangat berjasa kepada aku. Makan minum ditanggung selama di situ. Sakit demam aku  dijaga sebaiknya. Seolah-olah aku ni anak kandungnya. Sampai ke suatu tahap, aku di sediakan vitamin untuk di makan setiap hari. Memang aku tak kan lupakan dia sampai bila-bila. Walupun maknya tak berapa fasih berbahasa Melayu kerana berketurunan Cina, tetapi hatinya sangat baik sekali. Dari itulah aku tahu, bahasa pertuturan Haris di rumah adalah Bahasa Inggeris. Mak nya juga faham yang aku ini dari kampung dan orang susah. Sebab itulah, dia bantu aku. Dan mungkin juga dia seorang Guru di ketika itu, sifat kemuliaan nya sangat terserlah. Dia juga teringin sangat mahu berjumpa dengan mak aku katanya. Sehinggalah di hari Graduation  mareka berjumpa juga. Dan ketika itulah, rahsia aku terbongkar yang aku tinggal di rumah Harris. Mak aku terperanjat juga tetapi Mak Harris pula riang sekali bercerita. Apa nak buat mak, aku dah Graduate....Mak nak cakap apa lagi.....Akhir sekali, Mak Harris datang semasa kenduri kahwin aku. Mak aku sangat terharu sekali. Mak Harris juga puas hati agaknya, dapat melihat keadaan suasana kampung dan rumah aku.

Satu lagi sejarah yang aku perlu tulis kan di waktu tinggal sebumbung dengan Harris adalah pengalaman pergi ke Concert ROCK the World!! Fuhhhh.....memang best sekali, Pertama kali melihat persembahan live dari band pujaan aku. Lebih kurang macam Woodstock 99' punya keadaan lah diketika itu. Concert tersebut berlansung di One Utama Car Park Open Space. Aku pergi bersama Harris dan Hafiz kalau tak silap. Kami memang peminat muzik tegar di ketika itu. Ramainya penonton tidak terkata. Concert free apa taknya. Aku punya teruja jagan cakaplah. Band-band Malaysia yang aku puja di ketika ini semuanya ada. Diantaranya, Juliet The Orange, Butterfingers, OAG, Jason Lo dan banyak lagi. Semuanya menjadi pujaan di ketika itu. Zaman ini adalah zaman muzik Alternative Rock dan Grunge juga. Dan begitulah seterusnya sehingga kini aku memang suka pergi ke Concert-Concert besar jika ada peluang. Di waktu menulis cerita ini, aku dah pun beli tiket ke Concert Metallica di Stadium Merdeka..................21 August 2013..oiiii tak sabar nya!!!!



Graduation and Life Goes On...

3 tahun berlalu begitu pantas. Akhirnya aku menerima segulung Diploma In GIS. Dengan keputusan yang diperolehi, aku layak untuk memohon serta meneruskan pelajaran ke peringkat Ijazah. Ikutkan hati nak juga menyambung di Jurusan yang sama tetapi ianya hanya ada di UTM Johor pula. Mak aku pun sangat gembira dan sangat bersetuju dengan keputusan aku . Akhirnya, buat-apa nak pening-pening kepala, aku sambung jua di ITM S.Alam degan Jurusan Sain Ukur Dan Geomatik. Iaitu, bidang ukur Tanah yang lebih menjurus kepada pembelajaran secara praktikal. Alhamdullilah......bidang ini memang hebat. Tidak tertanding dengan bidang yang selalu di agungkan seperti Engineer, Arkitek dan sebagainya.Tidak popular di Malaysia tetapi di iktiraf di seluruh dunia!!! Mudah-mudahan juga salah seorang daripada anak aku nanti akan mengikuti jejak langkah ku di kemudian hari......InsyaALLAH

Disebabkan cerita aku ni banyak tentang sahabat. Jadi puisi ini juga ditujukan kepada semua sahabat yang mengenali aku.....

 Hutan Persahabatan

Berkawan denganmu
Ialah berkawan dengan ilmu,
Dengan akal yang selalu di raut,
Renung yang selalu dikikir
Dan hujah yang selalu diasah.
Berkawan denganmu
Ialah bermusuh dengan musuhmu,
Dengan si fitnah yang beraja
Pada api perasaan,
Dan si dengki yang bersedia
Membentesmu dari belakang.
Ah, kawan, lupakan mereka.
Mari teruskan perburuan kita
Di hutan persahabatan kekal ini.
Aku tidak memerlukan kata-kata indah
Tetapi tangan ikhlasmu
Apabila terjatuh di perburuan ini.
Aku hanya ingin menemanimu
Di perjalanan yang penuh halangan
Dan perburuan yang menyukarkan.
Aku tidak memerlukan mereka,
Mari teruskan persahabatan kita.

T. Alias Taib

Bersambung .....






Saturday, July 27, 2013

Zaman Universiti - (ITM & UiTM Dihati Ku - 1997-1998) Arau, Perlis

Kisah ITM Arau, Perlis (1997-1998)

Ada terdapat beberapa cerita bagaimana asalnya aku berjaya meneruskan pengajian ke ITM ni selain ianya daripada ketentuan ALLAH. Begitu juga bagaimana aku boleh memilih kursus yang dipinta. Maka, seperti borang-borang permohonan universiti tempatan yang lain aku ambil sendiri tetapi borang permohonan ITM ini, kakak aku yang tolong ambilkan dan belikan. Jadi rakan karib aku ni (Hamzah) agak kesal sebabnya aku mengisi borang tersebut tanpa pengetahuanya. Borang ITM ni, di isi agak "last minutes", jadi tidak dapatlah nak berkongsi dengan dia untuk di isi bersama-sama sebab kakak aku yang belikan & hanya untuk aku sahaja. Bila dapat dipanggil untuk memasuki ITM, barulah Hamzah sedar yang aku ada juga menghantar borang ITM tanpa berkongsi dengan nya. Ada juga hikmahnya aku di terima masuk ITM ni. Mujurlah yuran pengajian nya adalah yang paling termurah sekali di Malaysia pada ketika itu. Kalau di Universiti Tempatan yang lain belum tentu mak aku mampu untuk menanggung kos pengajian nya. Dan masa ini juga PTPTN belum wujud lagi!!

Memilih jurusan Diploma in GIS (Geographical Information Systems) pula asalnya daripada kawan se video game aku. Dia ni anak polis kat pekan aku tinggal. Dan dia juga pelajar ITM diketika itu. Jadi, dia bagi cadangan kepada aku supaya memilih Jurusan tersebut. Menurut ceritanya, Jurusan Ukur ini mempunyai 3 cabang. GIS ni adalah salah satu cabang dalam bidang Ukur. Ayat yang dia cakap kat aku "kalau nak senang pilihlah GIS, duduk depan komputer jer & belajar pun tak susah". Aku percaya lah diatas dasar pengalamanya didalam bidang ini. Beza umur aku dan dia hanyalah 2 tahun sahaja. Ade eloknya juga kawan video game aku ni pada pikiran aku. Akhirnya, semasa mengisi borang ITM, Pilihan pertama aku adalah Jurusan tersebut. Senang & duduk didepan komputer sahaja katanya. Aku mula terpikir, yang aku ni bukan nya pandai sangat. Lagi baik pilih yang senang, nanti kerja pun senang didepan komputer sahaja. Semua nak senang. Ternyata, tidak ada yang senang dalam belajar, melainkan kesungguhan usaha  untuk menyenangkan nya.

Tidak disangka juga, rakan karib aku seorang lagi (Cipoi) telah terpengaruh degan manifesto rakan se video game aku tadi (Azwan a.k.a Ajih Game). Dia pun mengisi borang yang sama. Jurusan yang sama. Mendaftar ke ITM Arau, Perlis pun bersama-sama. Banyak hikmahnya kapada aku mengenai Cipoi berjaya bersama-sama ke ITM Arau, Perlis ni. Salah satunya, ia memberikan aku jalan yang mudah untuk ke sana. Terutamanya kepada ayahnya En Sidek. Jasanya sangat banyak. Menolong menyelesaikan hal-hal persedian sebelum mendaftar kelak. Di antaranya, Medikal Check up dan persediaan lain sebelum ke Perlis.

Perjalan ke ITM Arau, Perlis

Inilah hikmahnya Cipoi dapat pergi belajar ke ITM Arau Perlis bersama aku. Jadi untuk ke sana nanti, dapatlah kami pergi bersama-sama menumpang degan mak dan ayahnya. Inipun, di atas perancangan ayahnya. Jika tidak kerana nya, memang susah lah mak aku hendak ke sana menghantar aku mendaftar. Aku pun tak dapat nak bayangkan macam mana. Mak aku takde siapa tempat nak mengadu. Takda siapa pun yang nak tolong bantu. Kereta pun takde. Tak pernah berjalan sampai kehujung dunia. Saudara buat tak tau. Ketua kampung marah pulak kat mak aku. Sebabnya hantar aku ke sekolah jauh-jauh. Dalam erti kata lain maksud yang hendak disampaikan olehnya kepada mak aku ialah "kau ni dah lah miskin, takde duit, buat apa nak hantar anak belajar jauh-jauh ". Mak aku pedulikan sahaja apa orang nak kata kerana sudah terlalu biasa dengan hinaan mareka. Ketika itu, hanya bekas ketua kampung yang dahulu sahaja yang memuji hasrat mak aku. Sebab apa??? Sebabnya dia ni bekas Guru Besar & berpendidkan Tinggi. Orang terpelajar. Anak pun dah ada yang berjaya. Pandanganya tak sama dengan Ketua Kampung di ketika itu yang hanya "berada" tetapi kurang ilmu pendidikan. Itulah bezanya.

Akhirnya, kami ke sana menaiki keretapi. Punyalah jauh. 8 jam rasanya. Bertolak di petang hari dan sampai ke stesen kereta api Arau awal pagi ke esokannya. Hanya aku dan mak aku serta adik kandung mak aku pergi bersama. Keluarga Cipoi pula, mak dah ayahnya sahaja. Di kala ini, aku nampak terpancar kegembiraan di raut wajah mak aku. Kami sampai ke sana awal sehari sebelum pendaftaran bermula. Mujurlah penginapan percuma. Ayah Cipoi mempunyai saudara angkat yang menetap di sana . Tinggal di rumah mareka. Rumah kampung sahaja. Ditepi sawah nan indah. Makan pun sedap. Bermacam lauk. Sememangnya dia sudah menunggu kedatangan kami. Dialah yang menunjuk kan jalan ketika disana. Membeli semua keperluan yang ada. Segala macam mak aku belikan untuk dibawa ke Kolej nanti.

Hari Pendaftaran

Bertolak dari rumah penginapan di awal pagi lagi. Aku pun tak berapa ingat sangat macam mana aku mendaftar. Ya ALLAH!!! ramai nya orang. Tak pernah aku tangok orang seramai ini. Macam-macam rupa dah gaya pun ada. Semua yang mendaftar pada hari itu berpakaian kemas termasuk aku sekali. Tak banyak yang aku ingat. Setelah selesai mendaftar, aku ke kolej kediaman yang telah di tentukan. Kolej Jati nama diberi. Kolej yang dekat degan dewan makan. Satu bilik cuma 2 katil sahaja.. Bilik aku di tingkat bawah sekali. Bilik Cipoi selang 2-3 bilik sahaja dari bilik aku.

Perpisahan & Kehidupan Baru

Kini, tibalah waktu perpisan degan mak aku. Mareka pun mahu pulang. Salam, peluk, cium semua aku terima dari mak dan dari mak cik aku. Menitis juga air mata mak aku. Sedih bercampur gembira agaknya, kerana meninggalkan aku yang pertama kali tinggal di kolej & hidup bersendirian. Banyak juga duit poket mak tinggalkan. Tidak terbalas jasa yang mak telah berikan.

Kenangan Abadi di Kolej Jati

Sekarang aku sudah ada rakan sebilik. Dialah orang pertama yang secara tidak lansung menjadi kawan baru aku. Nama dia Hafiz. Orang Pahang. Tengok gayanya, aku faham, dia ni mungkin sealirann dengan aku. Dan kami juga belajar sama Jurusan. Aku suka mendengar muzik sahaja, tapi dia ni lagi hebat. Pandai bermain semua alat muzik terutamanya gitar. Cerita hal-hal muzik jugalah yang membuatkan kami terus bersama.

Sudah menjadi suatu adat di ketika dahulu dan kini agaknya, 7 hari pertama di Kolej adalah hari pengenalan yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Minggu Orientasi namanya. Diberikan kumpulan serta berkenalan dengan kawan-kawan baru. Banyak aktiviti yang dijalankan tetapi tidak semua yang aku ingat. Diantara yang masih di ingiti adalah beratur, berkawad dan mengikut segala program yang telah di rencanakan. Dalam minggu tersebut, sembahyang tidak pernah tinggal. Banyak aktiviti di Masjid. Ceramah dan kiamulai. Ketika di Masjid, aku telah bertemu dengan seorang lagi kawan baru. Namanya Surezal. Panggil Su sahaja. Dalam banyak-banyak kawan baru, dia ni sahaja yang aku ingat sebab dia adalah antara orang yang terawal aku kenali untuk teman berbual. Aku memang tidak pandai nak berkawan disebabkan sifat azali aku yang tidak pandai hendak memulakan kata dengan orang lain. Disebabkan sealiran, kami boleh menjadi kawan. Su menjadi sahabat baik aku sehingga kini.

Pengalam lain yang tidak boleh dilupakan adalah di "regging" beramai-ramai oleh abang-abang senior di Kolej. Semua Kolej yang mempunyai ahli baru tidak terlepas dengan perkara ini. Pada ketika dahulu, siapa yang paling senior, dia lah yang paling hebat. Lagi-lagi yang telah belajar melebihi had sepatutnya tamat. Sebab itulah mareka berasa seperti "Raja". Pada hakikatnya, mareka-mareka ni adalah sebenarnya pelajar "bangang". Pelajar yang gagal di dalam beberapa ketas peperiksaan.

Sedang enak tidur lebih kurang jam 3pagi-4pagi, kami di kejutkan tanpa disangka. Setiap bilik, tidak terlepas dari kejutan ini. Semua diminta beratur. Berkumpul beramai-ramai. Di suruh belari, "pumping" dan macam-macam lagi. Semua yang kena dalam keadaan terpinga-pinga. Akhirnya, di suruh menggosok gigi rakan sebelah berdiri. Dalam terpinga-pinga, ikutkan sahaja ape yang di perintah. Setelah puas membuli, kami disuruh bersurai begitu sahaja. Minggu penyiksaan akhirnya selesai. Kini tibalah masa untuk mengenali kawan dan pensyarah baru.

Kelas Pertama & Kawan-Kawan Baru Serta Pensyarah

Tidak sabar rasanya hendak ke kelas pertama dan bertemu rakan-rakan baru. Perasaan seronok ingin berjumpa dan berkenalan dengan mareka. Setelah berkenalan dengan beberapa rakan kelas yang sama, terasa pula jauh bezanya mareka-mareka ini dengan aku. Mulalah perasaan rendah diri datang kembali kepada aku. Kebanyakan mareka ini datangnya dari bandar. Malahan kebanyakan nya juga adalah dari golongan anak orang yang "berada". Sedangkan aku budak kampung sahaja. Berkenalan dengan Pensyarah pula lain ceritanya. Aku merasakan suatu pekara yang sangat memalukan. Mana tidaknya, di suruh kehadapan kelas, seorang demi seorang memperkenalkan diri. Aduihai...apa yang aku nak di ceritakan kan ni?? Yang paling malu dan terasa hina sekali apabila hendak menyatakan kepada rakan kelas tentang Ayah dan Mak dan apakah pekerjaan mareka. Semua orang cerita, tak kan lah pula aku nak berahsia. Aku bukan tak sedar diri, tetapi sungguh berat sekali untuk menyatakan kelemahan diri kepada semua orang. Lagi-lagi kepada rakan-rakan perempuan yang mendengar nya. Lantas, aku pun berani kan jua, apa nak buat sudah ketentuan. "Ayah sudah lama meninggal dunia dan mak pula seorang penoreh getah di kampung".

Juga, selama setahun aku berada di ITM Arau, aku kurang berkawan dengan rakan sekelas melainkan Cipoi, Harris serta Hafiz "roomate" aku. Kebanyakan kawan aku adalah datangnya dari Jurusan yang lain yang dikenali dari awal kemasukan dahulu. Mareka ni dikira mempunyai minat sealiran dengan aku terutamanya bab-bab muzik. Aku suka mendengar muzik tetapi tidak pula pandai bermain alat muzik. Mareka-mareka ni ade yang pandai bermain alat muzik dan ada juga yang lebih kurang macam aku sahaja. Suka mendengar muzik yang sama. Suka mengikut perkembangan muzik. Dan lain-lain lagi lah berkenaan muzik. Jadi, aktiviti hari-hari aku selapas waktu kelas atau di hari minggu, akan di habiskan masa dengan mareka-mareka ini. Kalau di hari minggu, bersama mareka ke "jamming" dan berjalan-jalan di sekitar pekan Arau atau terus ke bandar Alor Star. Sungguh seronok di waktu ini. Berjalan sakan dengan kawan-kawan. Hmmm....Sesekali terdengar lagu "Torn - Natalie Imbruglia" dan lagu "Don't Speak - No Doubt"  terkenang lah kembali nostalgia zaman di ITM Arau dahulu. Sungguh terindah tak dapat dilupakan sampai bila-bila.

 Pelajaran & Pembelajaran

Senarai semua matapelajaran untuk penggal pertama telah di ketahui.Yang masih aku ingat, pada peringkat permulaan, beberapa matapelajaran asas semasa di tingkatan 5 dahulu diulang kembali. Antaranya, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik. Alamak!! Fizik lagi. Satu-satunya matapelajaran yang paling aku lemah sekali di waktu dulu. Matapelajaran yang tak pernah aku faham sama sekali. Rupa-rupanya senang sahaja matapelajaran ini apabila telah dipelajari. Apa tidaknya, aku rasa cara pengajaran Pensyarah di sini tidak sama seperti Cikgu Faezah aku dahulu. Lebih senang pula di fahami ketika ini.

Seingat aku satu matapelajaran yang paling aku lemah sekali adalah komputer. Tengok komputer pun dah takut. Nak tekan apa-apa pun takut. Walupun, semasa lepas SPM dulu ada mengambil kursus computer tetapi di ITM ni belajar yang moden punya Window. Belajar komputer masa dahulu pun tak lama cuma sebulan sahaja dan tidak ada di dedahkan dengan Hardware, Software dan sebagainya. Memang aku menyampah mata pelajan komputer ni. Macam-macam nama dan bahasa komputer yang aku keliru. Di tambah pula belajar membuat program. Lagilah aku haru. Matapelajaran ini jugalah yang men "drop" kan "Pointer" aku masa tu. Tekanan sungguh bagi aku ketika itu. Semua kawan-kawan kelas yang lain OK sahaja. Sebab kebanyakan mareka ni datangnya dari bandar & sudah tentulah mareka mempunyai lebih pendedahan mengenai komputer. Tidak kurang juga, kebanyakan mareka mempunyai komputer di rumah. Kalau belajar pasal komputer "Game" agaknya memang aku dah "score" A++ pasti. Ternyata tidak.

Ni lagi satu yang rasa sagat susah di ketika di awal kelas dahulu. Pasal "presentation". Yang paling aku takut, jenis kena buat masing-masing sendiri. Kena bercakap kat depan kelas. Depan orang ramai. Depan "mak we" yang aku minat. Punya lah seksa. Dah la aku ni seorang yang susah nak bercakap & pemalu. Kali ini terpaksa di lakukan juga demi belajar menjadi orang yang terpelajar. Hari-hari kena buat "presentation" sama ada secara bersendiri atau pun berkumpulan. Haishhh.....tension!! Namun, lama kelamaan, sudah menjadi kebiasaan dan itulah yang perlu di lalui kepada semua orang yang terpelajar.

Jangan Hisap Rokok

Ketika ini aku dah mula belajar menghisap rokok. Nampak "cool" lah konon nya. Dan kebanyakan kawan-kawan kelas serta kawan diluar kelas pun menghisap rokok juga. Di Kolej kediaman, senior ada menjual rokok. Kalau mak aku tau, mau kena kayu lagi ni. Nikmat merokok tidak terkata ketika selapas makan dan di waktu ke jamban. Rokok yang paling sedap bagi aku adalah jenama Dunhill. Tak terkata sedapnya. Jenama yang lain memang tidak tertanding. Bila dah merokok memang susah hendak berhenti. Dan tabiat ini jugalah di teruskan di sini tetapi tidak pula sehingga ke hari ini.

Jadi Cikgu

Setelah 2 bulan belajar, tiba-tiba mak memberi tahu aku telah di terima menjadi Cikgu! Terperanjat sekejap. Aku sangkakan ia sudah berlalu namun ternyata rezeki aku di hari temuduga dulu. Maktab perguruan di Penang pulak tu. Dan ianya adalah salah satu Maktab Perguruan yang terbaik di ketika itu. Mak aku suruh aku berhenti belajar di ITM dan menerima surat tawaran tersebut. Tetapi, aku membuat keputusan untuk meneruskan pelajaran di ITM juga. Mana tak nya, dah ada ramai kawan dan seronok belajar benda baru. Maka itulah sebabnya aku menolak keputusan untuk menjadi Guru. Sungguh kecewa mak aku, tak terkata aku rasa. Sebab dia memang berharap sagat anaknya menjadi Guru. Bagus katanya. Habis di maktab sudah pasti terus bekerja. Dengan kerajaan pulak tu. Itulah sebabnya mak aku kuat untuk menyuruh aku menjadi Guru daripada Jurusan yang tak menentu ini. Akhirnya, Mak aku terpaksa relakan aku dengan menolak tawaran tersebut. Sehinggakan, dia mengepos surat jawapan tawaran tersebut kepada aku untuk di isi kerana menolak. Dan surat tawaran asal ke Maktab Perguruan tersebut di simpanya sehingga kini. Buat kenangan katanya. Mana la tau kalau nanti cucunya pula menjadi guru. Siapa tahu??. Kalau tidak, dah jadi Cikgu la aku gamaknya.


Awek Kampus Yang Cun

Awal-awal lagi menjejak kan kaki di ITM Arau ni, secara tidak lansung aku dapat tabiat baru. Aku gemar me nengok awek-awek yang cantik, manis, stylo, sexy dan tidak kurang nya juga yang sedap mata memandang. Mana tidaknya, terlalu ramai mareka-mareka ini. Hari-hari ke kelas atau ke gerai makan di Kolej, pasti berjumpa dengan mareka-mareka ini. Kadang-kadang orang yang sama. Kadang-kandang orang yang berbeza. Jumlahnya tak terkata berkumpul di satu kampus yang sangat besar. Sehinggalah kepada rakan sekelas aku sendiri. Ade la 2-3 orang yang nampak manis, sedap mata memandang. Owh...tanpa disedari, aku memendam minat kepada salah seorang daripada mareka ini. Dia ni, tua setahun daripada aku. Mempunyai perwatakan lembut, muka pun manis. Pokoknya, sedap mata memandang. Dengan muka tak malu, pipi tersorong-sorang aku luahkan kat dia secara bersemuka dalam perjalan pulang dari kelas. Handal juga aku ni. Walaupun pemalu, boleh jugak aku buat benda macam tu. Dalam seminggu lepas itu, rasa berbunga lah hidup aku. Tapi, kami tak bercinta pun. Cuma dating sekali di Bangunan Daya Bumi KL dan di situ juga tempat mak dia bekerja katanya. Tapi tak jumpa mak dia pun. Nampaknya, aku je yang syok sendiri. Dia menolak dengan baik dan mahu kami berkawan seperti biasa sahaja. Baik sungguh dia ni, aku rasa dia menolak bukan sebab dah ada boyfriend tetapi mahu menumpukan pelajaran agaknya. Sebabnya semenjak daripada itu, bersusun-susun lah lelaki cuba men "tackle" dia, yang sama nama dengan aku pun ada mencuba termasuklah "roomate" aku sendiri Hafiz semasa di ITM S.Alam. Lebih memeranjatkan juga, kawan karibku di Kampung bernama Apit pun sama, tak kurang hebatnya. Namun semuanya tidak berjaya. Kalau tuan punya badan dapat membaca kisah cerita ini, pasti dia tertawa. Semenjak daripada itu, aku tidak pernah menegurnya atau cuba bercakap dengan nya kerana berasa sangat malu akibat cinta di tolak. Sejak dari itu juga, asal berjumpa sahaja awek yang cun, aku hanya berani mengintai dari jauh sahaja tak lebih dari itu.

Semester Terakhir di Kampus ITM Arau

Semester ni, bukan tamat belajar pun tetapi Jurusan aku ni, harus di pindahkan ke Kampus Induk Shah Alam yang ramai tenaga pengajar di samping peralatan yang lebih moden. Nampaknya selepas ini, aku kenalah berkawan rapat dengan kebanyakan rakan kelas sendiri yang sebelum ini cuma berkawan biasa-biasa sahaja. Aku kena tingalkan kawan rapat di kolej yang terpaksa menghabiskan pelajaran mareka di Kampus Arau.

Di suatu malam sehari selepas peperiksaan penggal yang akhir, secara tidak sengaja aku berjumpa dengan kawan baru bernama Rebung. Dia ni belajar di kelas lain. Kelas pegajian Ukur tulen. Manakala aku, di kelas GIS yang termasuk di dalam cabang bidang Ukur juga. Kami sama-sama akan berpindah ke ITM S.Alam di ketika itu. Jalan ceritanya bermula ketika kami sama-sama keluar ke Pekan Arau sampai ke tengah malam. Naik motor rasanya bersama 3-4 orang kawan yang lain. Kononnya menyambut hari terakhir di sana. Dia ni kelakar orang nya. Gila-gila pun ade juga. Sepanjang malam itu, kami tergelak terbahak-bahak. Buat cerita bodoh megutuk mamak di kedai makan pada ketika itu. Ataupun mengutuk siapa sahaja berdekatan yang boleh dijadikan bahan untuk ketawa. Mengutuk tu bukan nya menghina, tetapi hanya bercerita imiginasi sesama sendiri berkenaan dengan orang yang di lawak kan. Kalau mamak tu tahu dia di tertawakan, pasti kami sudah terkena simbahan air panas nya. Dan akhirnya, disebabkan kami ade "chemistry" lain yang sama, Rebung ditakdirkan menjadi teman baik aku ketika di ITM Shah Alam sehingga lah tamat pengajian Ijazah. Sungguh banyak sejarah dan kenangan yang seronok bila di ingatkan kembali diatara kami berdua sepanjang berada di ITM Shah Alam. Mungkin aku tak dapat untuk menceritakan semua, tetapi ikuti lah kisah berikutnya di bahagian 2 ......

Untuk rakan-rakan karib ku :-'

Hidup Bersama

Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah
pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.
Kita wajar mendaki lagi kerana puncak
yang jauh. Dalam gelora dan taufan
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian.

~ A Samad Said

 Bersambung .....

P/S - Gambar kenangan akan di lampirkan kemudian





Thursday, July 25, 2013

Zaman Remaja (13-17)

Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3

Nama sekolah agak panjang sedikit. Sekolah menengah biasa, sekolah kampung sahaja. Sekolah Menengah Dato' Undang Abdul Manaf. Inilah sekolah aku sehingga ke tingkatan 5. Aku mula masuk kelas tingkatan 1B sehingga ke tingkatan 3B. Pemilihan kelas ni pun dibuat secara rawak sahaja. Siapa yang daftar awal, maka dapatlah kelas A dan sebaliknya. Ade 2 kelas je pun masa tu.

Seingat aku, hari pertama masuk sekolah memang sangat seronok. Apa tidaknya, ada 6 sekolah kebangsaan disatukan di sekolah menengah ini. Macam-macam kawan. Macam-macam perangai. Dapat belanja duit sekolah lebih lagi. Kalau dahulu semasa sekolah rendah, paling tinggi duit belanja pun yang mak beri 40sen. Tetapi sekolah menengah ni dinaikkan kepada RM1. Pergi ke sekolah, dah ada basikal tua tetapi hanya digunakan untuk bawa di jalan kampung sahaja. Aku naik bas ke sekolah. mak beli tiket sebulah sekali. Dan hanya dua bas sahaja. Pukul 6:30pg dan pukul 7:00 pagi. Disebabkan ade basikal tua yang baru, siap dengan lampu lagi pakai "dynamo", aku selalu keluar awal kesekolah. Tetapi zaman dulu-dulu kalau pukul 7:00 pagi, memang gelap lagi. Banyak hantu pulak tu. Hutan lagi sekeliling jalan. Aku memang jenis penakut, sampaikan aku suruh mak aku, berdiri keluar rumah sehingga pandangan dia hilang tak nampak aku.

Kawan-kawan Kelas

Pada masa ini jugak, aku masih seperti biasa, masih lagi mempunyai sikap rendah diri dan berasa diri serba kekurangan walaupun baju, kasut & beg sekolah semuanya baru. Aku ni mememang sejak azali mempunyai sikap pemalu dan kurang bercakap terutamnya dengan orang yang kurang dikenali. Aku juga seorang yang tak banyak cakap. Pendek kata, kalau orang lain yang memulakan perbualan terlebih dahulu, barulah aku boleh berbicara. Jadi, kalau orang yang tak mengenali aku, memang biasa dia akan kata aku ni sombong. Kawan-kawan pada waktu ini aku tak ingat sangat sebab aku tidak ada kawan yang rapat. Berkawan hanya dengan sesiapa sahaja. Tak kira dari mana asal sekolah mareka dan dimana mareka tinggal.

Hal Pembelajaran & Persekolahan

Mak aku memang sakit hati dengan aku. Mana taknya, dari sekolah rendah aku memang tak pernah dapat nombor atas daripada sepuluh. Sampai ke sekolah menengah ni, nombor belas-belas dan puluh-puluh sahaja. Ternyata, memang aku banyak main disekolah dan malas hendak belajar. Tetapi yang baiknya, aku tak pernah abaikan kerja sekolah yang diberi cikgu. Aku pun terasa betapa "bangangnya" aku ketika itu. Tabiat jelik bermain video game masih lagi di teruskan. Masih lagi mencuri duit tabung mak aku. Tak banyak RM1 je sekali ambik. Kadang-kadang sanggup simpan duit belanja sekolah separuh semata-mata mahu bermain "Street Fughter" dan "King of Fighter". Sehari kalau tak pergi tempat ni, hidup tak tenang. Mana taknya, ramai kawan-kawan berbagai bagsa lepak disitu dan lama kelamaan mareka secara tidak lansung menjadi kawan aku. Kawan dikampung dulu memang sudah tiada sebab mareka semuanya bersekolah aliran agama. Ni pun satu hal jugak, mak aku asyik paksa aku ke sekolah agama. Alamak, jumpa lagi orang yang sama. Akhirnya, mak aku akur dengan kehendak aku cuma ke sekolah menengah aliran biasa sahaja. Kini tibalah peperisaan PMR pula. Seperti yang dijangka, keputusan aku mengecewakan mak aku. Dapat 1A sahaja. English lagi. Yang lain-lain B,C&D kalau tak silap tetapi tidak ada yang gagal.  Selepas PMR, kalau yang cemerlang boleh ke sekolah berasrama penuh sebaliknya yang biasa-biasa macam aku ni, kenalah meneruskan pelajaran di sekolah yang sama. Saudara ada mencadangkan, aku memohon ke sekolah Vokasional. Sebabnya ade kemahiran. Kalau "bangang" belajar, kemahiran ada dan senang untuk dapat kerja kalau habis sekolah nanti. Borang dah di isi dan dihantar, namun masa tu aku ade dua pilihan sama ada jika dapat masuk kesekolah Vokasional tersebut atau teruskan ke tingkatan 4 kelas "Pure Sains" atas pilihan cikgu disekolah. Akhirnya, permohonan ke sekolah Vokasional senyap begitu sahaja kerana permohonan dibuat "last minutes". Lantas, aku teruskan pelajaran ke tingkatan 4 kelas Sains Tulen. Tapi aku diberi pilihan juga oleh cikgu dua bulan pertama jika tidak mampu belajar kelas ini, boleh bertukar kepada kelas Perdagangan atau sastera.

Tingkatan 4 & Tingkatan 5

Waktu ni banyak sejarahnya. Banyak benda aku ingat. Banyak kenangan yang tak terungkap. Setelah percubaan 2 bln pertama, aku rasa aku boleh teruskan ke kelas sains ni sehingga ke tingkatan 5. Ada 4 elektif pelajaran di kelas sains tulen ni. Matematik Tambahan, Kimia, Fizik & Biologi. Matapelajaran yang paling aku suka daripada ke 44 ni adalah Kimia dan Biologi. Fizik paling tak faham satu apa pun. Matematematik Tambahan pula biasa biasa sahaja. Aku dilantik jadi pengawas juga. Kelas pun tak ramai murid. Hanya belasan orang sahaja. Lelaki 4 orang termasuk aku dan selebihnya perempuan. Kononya, kelas ni adalah kelas yang terbaik lah daripada 2 kelas yang lain. Ini adalah tahun pertama sekolah aku membuka kelas sains tulen yang digantikan dengan tahun sebelumnya iaitu kelas sains tambahan.

Kawan dan Hal Ehwal Sekolah

Kali ini aku dah ada kawan karib. Nama dia Hamzah. Sebab kelas aku tak ramai pun budak lelaki. 4 orang sahaja termasuk aku. Sama juga lah ceritanya, kemana ada dia, disitulah ada aku. Tapi, dia ni bijak sikit dari aku. Belajar malas, tulisan teramat buruk, semua benda berserabut, nakal lebih kurang aku namun dia pandai daripada aku. Jadi, aku kurang lah berkawan dengan rakan-rakan kelas perdagangan dan sastera ni. Bila di sekolah, aku cuma berkawan dgn dia atau 2 lagi rakan kelas yang lain. Oleh itu, kebanyakan "Superstar", "Playboy" dan "Samseng" datangnya dari 2 kelas tersebut.

Mareka ada ramai pengikut. Ramai pemuja. Ramai yang suka mareka terutamanya pelajar perempuan. Ramai pengaruhnya tak terkata.Tidak kurang juga ramai yang takut dengan mareka-mareka ini. Aku dan kawan aku ni, memang selalu menjadi bahan ketawa an mareka bila berjumpa tetapi tidak sampailah hingga ke tahap pergaduhan. Sebab mareka-mareka yang "Top" ni adalah kebanyakan asal dari sekolah rendah yang sama dengan kami dahulu. Di sekolah ni juga, aku memang kurang dikenali oleh rakan-rakan sebaya mahupun junior-junior yang lain. Sebab aku akui dan berasakan tidak ada kelebihan dan banyak kekurangan. Tambaha pula sikap malu dan rendah diri masih lagi menebal terutamanya dengan rakan-rakan perempuan. Walaubagaimana pun, aku tetap ade pengalam bercinta monyet degan 2 orang junior di sekoalah yang sama. Tak lama pun dan tak begitu serious pun. Jumpa dalam kelas atau waktu nak balik sekolah. Borak sikit-sikit dan begitulah seterusnya. Tidak lebih dari itu melaikan cakap ditelefon sahaja.

Kat rumah pulak hal kehidupan pada masa ni lain juga dari sebelumnya. Balik dari sekolah, kalau ade kelapangan, aku masih lagi tetap ke kedai video game di pekan. Macam biasa jugak, selalu bergaduh dengan mak aku dan curi lagi duit tabung mak aku RM1 sekali ambil. Ye lah, dah tinggal berdua sahaja kat rumah. Kakak aku masa ni dah ke KL tinggal dengan Makcik tiri aku dan bekerja kilang. Pada waktu malam, macam biasa, ramai anak-anak jiran datang ke rumah aku sbb mak aku masih ajar diaorang mengaji, termasuk aku sekali. Lepas mengaji, jangan harap nak dapat tegok TV. Baru, lima minit tengok Iklan, dah kene bebel dan dipaksa tutup TV dan disuruh baca buku. Punya la angin aku dengan mak aku sampaikan kadang-kadang terpaksa pura-pura belajar, baca buku dan sembahyang pun sama. Belakon sebab taknak dengar bebelan mak aku maka nak bagi dia senang tengok aku itulah jalannya.  Begitu juga, kadang-kadang aku mahu kelaur di waktu malam, memang adalah kepantanganya. Walupun dia tahu, aku berkawan dengan siapa, anak siapa dan tinggal kat mana. Tetapi, ada ketikanya dengan kedegilan aku, akhirnya aku keluar juga di waktu malam denga kawan rapat aku. Bukan kemana pun, hanya pergi ke tempat bermain video game dan tidur di dusun durian nya di sebuah rumah pondok. Ini merupakan pengalaman yang aku tak dapat lupakan. Waktu ni, aku hanya menumpang motor kawan aku. Ke hulu ke hilir dan kemana sahaja. Malam hari tidur di dusun durian, ke esokan paginya terus ke sekolah. Pungut durian dan jual kepada cikgu sekolah. Jadi, datang lewat sikit pun cikgu tak marah sebab diaorng dapat durian. Kami satu kelas & kami juga pengawas sekolah. Boleh dikatakan memang tak boleh harap. Selalu langgar disiplin sekolah.

Start dari tingkatan 4 aku dah pandai bergaya kebendaan. Sebabnya, penagruh kawan rapat aku ni, sepupunya anak orang kaya, anak wakil rakyat. Jadi dia lah Idola kami. Sampai mak aku cakap "kau ni tak sedar diri, bergaya macam anak mentori"!!! Bila dipikirkan balik, memang betul apa yang dicakapkan tu. Zaman ni aku dah mula mintak kat mak aku baju yang ade brand, selaur yang ade brand, kasut yang ade brand....pokoknya semua nak yang branded lah. Namun, setelah buat muka merajuk, menangis pun ada, tak nak bercakap pun ada....akhirnya mak aku turutkan jugaklah beli benda-benda branded yang mahal tu untuk anaknya pada setiap ketika Syawal Menjelma. Dalam kesempitan duit pun, mak aku masih lagi cuba untuk menyediakan yang terbaik untuk anaknya. Aku pun suka lah kan...sume branded sampaikan, seluar sekolah pun brand Levi's. Kaler hijau black tab. Kasut pulak Converse One star & Converse Dr J. kale hitam. Sebab pengawas punya kasut kale hitam disekolah aku. Punyalah bangga bila berjalan di sekolah. Tambahan pula time ni memang aku meminati muzik orang putih sampai kan semua lirik aku hafal. Beli majalah "Galaxy". Beli surat khabar "Youth Quake" untuk dibaca. Gaya pemakai an pun ter ikut-ikut macam kumpulan muzik mat salleh tu. Beli kaset radio juga disamping mengambil tahu semua tetang lirik lagu untuk dijadikan ayat karangan matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah. Memang minat bahasa inggeris ini menebal sejak dari sekolah rendah lagi. Kat kelas pun aku antara yang terbaik dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.Tetapi bila waktu peperiksaan penggal aku selalu dapat keputusan SAP. 2 matapelajaran Elektif gagal. Dan biasanya adalah matapelajaran Fizik dan Matematik Tambahan. Takut hendak ditujuk kan kat mak buku rekod matapelajaran bahkan ada ketikanya aku meniru sain mak dan pulangkan kepada cikgu kelas tanpa pengetahuannya.

Peperiksaan SPM

Semasa di tingkatan lima ni, aku memang memberi tumpuan terhadap pelajaran tapi tak ada la samapi ke tahap belajar bersungguh-sungguh sekang mata siang malam. Sekadar, siapkan keje sekolah, balik rumah ade la baca buku sikit. adelah perasaan nak memperbaiki diri. Nak lulus semua mata pelajaran terutamnya yang Elektif tadi. Mak aku juga mengahntar aku ke kelas tambahan. sekurang-kurangnya ada lah juga usaha dia untuk bagi aku lulus peperiksaan. Dengan harapan aku menjadi orang yang berjaya di masa depan. Aku pergi ke kelas tambahan dan tak pernah ponteng walaupun pada hakikatnya aku boleh ponteng. Walhal, tabiat bermain video game memang dah tak dapat dipisahkan lagi dalam diri aku ni. Main tetap main. Walupun di sekolah tidak menjadi "King" tapi di pusat video game tu aku adalah "King". Semua orang aku tewaskan kalau bermain game lawan. 

Tibalah pula keputusan percubaan SPM. Mengecewakan juga, aku dapat SAP lagi, sebabnya kegagalan dalam 2 matapelajaran Elektif. Susahnya kelas sains tulen ni. Nak tak nak kenalah hadapi juga. Sekarang sudah hampir kepada peperiksaan sebenar SPM pula, kali ini aku betul-betul belajar. Tak tengok TV, tak pegi main video game melainkan balik sekolah sahaja, baca buku buat nota. Mentelaah dan mengigati semua apa yang telah dipelajari dari tingkatan 4 ke tingkatan 5. Sebabnya soalan peperiksaan SPM  merangkumi semua bab di tingkatan 4 dan 5.  

Akhirnya, terjawaplah tahap kepandaian aku. Keputusan SPM pun diumumkan. Aku dapat pangkat 2 sahaja dengan agregat 28. Semua mata pelajaran elektif aku lulus tetapi 2 yang terbaik masuk dalam kiraan agregat iaitu Kimia dan Biologi. Dan dua dua mata pelajaran ini lah yang membuatkan aku dapat pangkat 2 sebabnya dapat gred yang tinggi (campur dua-dua sama dengan belas-belas). Mata pelajaran wajib lain, dikira cemerlang jugak lah. Paling terbaik Pendidikan Islam & bahas Inggeris. Paling tercorot, matapelajaran Sejarah. Namun, dalam semua keputusan SPM ni, tidak ada satu ke gagalan matapelajaran pun yang aku perolehi. Mak aku cukup kecewa dengan keptusan peperiksaan SPM aku ni, sebabnya kawan baik aku tu dapat Pangkat 1. Memang handal dia, walaupun ade lagi pelajar lelaki dan perempuan yang pada ketika itu, nampak zahirnya macam pandai, cikgu pun suka kat mareka. Selalu kena puji di kelas.Ternyata kepandaian seseorang itu tidak boleh di ukur degan sikap ataupun gaya nya.

Cuti Panjang Selepas SPM

Best jugak rasanya time ni. Konon nya dah bebas. Mulalah aku simpan rambut panjang menjela. Mak aku cakap dah rupa orang gila. Tapi aku pedulikan aja. Semua kawan sebaya di kampung yang bersekolah berlainan pulang ke kampung semula. Tetapi, aku dah tak campur mareka ni. Terlalu banyak perbezaan nya. Kegiatan mareka, hobi mareka dan sikap mareka tak sama dengan aku. Manakan boleh berkawan kembali. Namun, ketika asyik melepak di pekan bersama kawan karib aku dan kawan-kawan se video game yang lain, terjumpalah kembali kawan-kawan di sekolah rendah dahulu yang semuanya balik ke kerumah sementara menunggu keputusan peperisaan SPM mareka. Mareka ini, ada yang dari sekolah berasrama penuh mahupun yang se sekolah dengan aku tapi tak penah berkawan rapat. Aku berkawan kembali degan beberapa orang kawan lama aku dan sehingga kini kami menjadi kawan baik. Kawan dalam gembira. Kawan dalam duka. Dan kawan ketika membuat apa-apa. Selain itu, mak aku hantar jugaklah aku belajar komputer di bandar. Belajar Window 3.2. Zaman DOS. Dengan harapan aku tidak membuang masa dengan membuat perkara-perkara yang tak senonoh agaknya. Tapi, Alhamdullilah, senakal-nakal aku, tak pernah pula membuat perkara-perkara yang tidak elok melainkan main video game sahaja. Itulah perkara yang paling jahat sekali ketika itu yang aku lakukan. Kawan pun semua yang baik-baik. Dengan kata lain nakal tapi ber otak. Tahu beza jahat dan kejahatan.  Tidak pernah memalukan keluarga dan sebagainya.

Masa Depan & Permohonan Meneruskan Pelajaran di Universiti

Cikgu kata, Mendapat Gred 2 dalam aliran Sains adalah lebih baik daripada mendapat Gred 1 dalam aliran kelas Perdagangan atau Sastera. Jadi, peluang untuk meneruskan pelajaran di Universiti adalah lebih cerah. Tambahan pula sekolah aku bertaraf sekolah kampung. Tidak banyak kemudahan belajar. Bermula daripada itu, semua borang Universiti aku isi. Termasuklah borang ke Maktab Perguruan. Sebahagianya juga di isi dengan bantuan abang kepada bekas rakan karibku di kampung dulu. Sebabnya, dia adalah diantara anak orang kampung aku yang telah berjaya masuk ke Universiti tempatan. Tak begitu ramai dan hingga kini pun, anak-anak di kampung aku yang berjaya ke menara gading. Akhirnya, semua Universiti Awam yang aku pohon, tidak berjaya. Aku pun lupa Jurusan apa yang dipinta. Tapi semunya berkenaan dengan Sains dan Kejuruteraan. Hanya satu sahaja yang aku berjaya iaitu temuduga menjadi guru. Satu-satunya profession yang aku tidak gemari sebaliknya ia suatu kerjaya yang di agungkan oleh mak aku. Didalam surat jemputan temuga tersebut, ada dinyatakan tetantang perkara yang perlu di turuti. Yang aku ingat, kena membaca sutu buku cerita dan berpakaian kemas dan banyak lagi aku dah lupa. Di sebabkan tidak meminati kerjaya guru, dengan selambanya aku pergi ke temuduga tanpa apa-apa persedian. Berpakaian kurang kemas, tidak berstokin dan berkasut yang tidak sesuai. Ditegur oleh penemuduga dan apa yang aku jawap adalah aku tidak meminati kerjaya guru dan ini semua hanyalah hajat mak aku sahaja. Aku cakap, aku tak baca buku cerita sebaliknya baca buku hiburan dan komik katun china. Senang sahaja ditemuduga. Akupun pulang tanpa keputusan.

Akhirnya, aku teruskan juga menyambung pelajaran ke tingkatan 6 dengan kecewanya. Masa di tingkatan 6, aku beralih arah ke aliran Sastera. Tak sanggup nak mengambil aliran sains lagi. Kali ni, aku bersekolah di Tengku Muhamad School. Sekolah ni banyak melahirkan "legend" orang ternama & berjaya di Negeri Sembilan. Nasib sama menimpa rakan karib aku. Tiada panggilan Universiti. Kami bersekolah bersama-sama kembali. Baru 2 bulan ke sekolah, Aku telah mendapat panggilah ke ITM. Sukanya tak terkata. Rakan karibku masih kecewa dan akhirnya dia juga dipaggil untuk ke Asasi Sains Universiti Malaya. Tidak disangka juga, seorang lagi rakan karib lain di ketika itu mendapat panggilan yang sama. Di ITM yang sama.Jurusan pun sama tetapi dia berasal dari sekolah yang berlainan, hanya bersama ketika di sekolah rendah dahulu. ALHAMDULLILAH!!!...Maka, bermulalah zaman yang paling best tak terkata dalam hidup aku. Zaman belajar di ITM. Freedom!!!

Kesimpulan di Zaman Sekolah Menengah

Apa yang dapat aku katakan melalui pengalaman sendiri, zaman ini adalah suatu zaman bagi seorang remaja yang sedang mencari identiti nya sendiri. Membentuk identiti tersendiri. Identiti tersebut secara tidak lansung dibina atas dasar pengaruh rakan. Suatu zaman pemberontakan apabila identiti yang sedang dibina, dihalang oleh orang tua. Yang pada ketika itu lansung tidak terpikir kebenaran apa yang telah ditegur oleh orang tua. Memikirkan, hanya kita sahaja yang betul. Dalam peringkat ini, aku memang tidak terpikir lansung tentang masa depan. Kepentingan pelajaran dan kebaikan memilih rakan yang baik amat penting sekali. Bila sudah dewasa baru terpikir dan faham apa yang tersirat disebalik teguran orang tua. Mareka hanya mahu kita berjaya dalam hidup supaya dapat mengubah nasib keluarga. Jadi, kehebatan semasa disekolah sebagai seorang "Playboy" , "Samseng" , "paling cantik" atau "Superstar" yang menjadi pujaan ramai, berpengaruh malahan ditakuti tidak ada gunanya jika dalam pelajaran mareka "bangang". Maka tiada kemana lah masa depan mareka. Hanya "Top" sementara sahaja di zaman persekolahan. Di akhirnya nanti, mareka akan kecundang jua. Inilah hakikat kehidupan yang kita perlu sedari. Kelebihan yang ada pada orang lain bukan penentu kejayaan mareka. Dan juga kekurangan yang ada pada kita tidak semestinya membuatkan kita gagal selamanya.

Khas untuk Guruku:-

GURU OH GURU

Dialah paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalir nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini Raja menaiki takhta
Jika hari ini Presiden sebuah negara
Jika hari ini peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah Guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara 

Jadilah apa pun pada akhir kehidupan mu, Guruku
Budi yang diapungkan didulang ilmu
Panggilan keramat "cik gu" terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

Usman Awang

bersambung .....

 P/S - Gambar kenangan akan di lampirkan kemudian

Wednesday, July 24, 2013

Zaman Kanak-kanak (6-12)

Umur 6 -7 tahun Punya Cerita

Terlebih dahulu serba sedikit penngenalan tentang aku:-
-Dilahirkan di kampung & mak dan ayah memang berasal dari negeri sembilan.
-Ayah telah pergi ke rahmatullah sejak aku berumur 8 tahun lg.
-Ayah meningal dunia disebabkan penyakit darah tinggi
-Mak tak pernah kahwin lain melainkan membesar kan aku 2 beradik dgn tulang 4 kerat dia.
-Mak aku bekerja sebagai penoreh getah orang, kerja kebun sayur & last sekali kerja kantin di KL
-Mak aku juga seorang guru yang mengajar anak-anak jiran kampung mengaji Muqadam dan Alquran
-Aku anak bongsu dan mempunyai seorang kakak yang beza umur tua 4thn dari aku.
-Hidup kami 2 beradik memang susah tapi tidaklah sampai tahap daif.

Zaman kanak-kanak ni adalah zaman yang agak best sekali dalam hidup aku. Tak perlu nak fikir tentang apa-apa melainkan bermain bersama-sama kawan-kawan. Dari pagi sampai ke petang asyik bermain sahaja. Pada waktu ini, aku ade seorang kawan rapat yg tinggal sekampung degan aku. Jarak rumah kami lebih kurang 700m tetapi masa kecik-kecik dahulu memang terasa jauh dan takut kalau hendak pergi bersendirian kerumahnya sebabnya hutan disekeliling. Nak dijadikan cerita, kami memang rapat. Kemana sahaja pergi pasti berdua. Dimana ada aku dan distulah ada dia. Bersekolah tadika bersama-sama. Balik sekolah bersama-sama. Tidur pun sekatil kalau cuti sekolah.

Umur 7-9 tahun

Hmm....Pada waktu ni dalam tahun 1986-1988. Mula masuk sekolah rendah. Darjah 1 memang best. Dapat jumpa ramai kawan. Sangat seronok. Hari-hari nak pergi sekolah.

Tahun 1987 adalah tahun yang paling menyedihkan bagi aku. Ayah pergi meninggalkan kami buat selama-lamnya. Aku masih ingat kata-kata akhir ayah semasa dia hendak ke hospital. Aku sedang bermain dan duduk diatas pagar buluh rumah kami. "Dik ayah nak poie hospital yeh, jumpo doktor". Tak disangka-sangka itulah kata terakhir dia buat aku. Masa ayah di hospital, mak hari-hari tengok & jaga ayah dan masa tu bila mak ajak ke hospital aku asyik menolak. Sebabnya nak bermain dengan kawan. Umur 8 tahun mana lah ade perasaan lagi. Masa ayah meninggal pun, aku tak menangis cuma rasa terharu sahaja terhadap kehilangan ayah. Dan semenjak kehilangan ayah pada ketika itu, bermula episod duka yang di alami oleh kami terutamnya mak aku. Mujur mak dapat pencen ayah yang baru sahaja kerja kerajaan masa tu tak sampai 10thn pun. Aku Ingat Mula-mula pencen yang mak dapat adalah lebih kurang RM50 sahaja.

Mak aku anak yang paling tua 2 beradik. Tapi nenek aku meniggal dunia semasa mak aku kecik lagi. Jadi atuk aku kahwin lain degan nenek tiri aku. Jadi mak aku ade adik-beradik tiri 5 orang. Mak aku lah yang jaga adik2 tiri dia nih masa dulu-dulu.

Zaman Gelap Penuh Penghinaan

Nak dijadikan cerita pengajaran hidup dan ini memang kenyataan dan hakikat.....TIDAK ADA SIAPA PUN YANG AKAN MENOLONG KITA, JIKALAU KITA ADALAH ORANG SUSAH DAN MISKIN, SEBABNYA TAKDA KEPENTINGAN. Hanya cacian dan hinaan yang diterima bahkan dari keluarga rapat sendiri seperti adik-beradik mak aku. Inilah kisah duka mak aku, dihina, dicaci dan diketepikan oleh adik beradik sendiri serta saudara terdekat. Hanya arwah atuk aku sahaja yang pada ketika itu bersimpati dengan nasib kami. Atuk aku pencen polis dan bila dapat duit pencen, dia akan kasi sedikit kat mak aku sorok-sorok takut diketahui oleh isterinya. Itulah dia, sayangnya seorang ayah kepada anaknya. Walaupun pada masa itu umur aku hanya lapan tahun dan masih bersekolah rendah, tapi aku ingat segala peritiwa dan perkara yang mareka telah lakukan pada mak aku yang membuatkan dia selalu menangis. Masa tu, aku tau die selalu bersedih dan menangis tapi die tak pernah cerita tentang apa yang berlaku sebab aku kecik lagi, mana la faham apa-apa. Di sebabkan mak aku tidak ada tempat bergantung dan mengadu, lagilah mareka suka memijak dan menindas mak aku. Sehinggalah, arwah atuk aku meninggal tahun 1995. Lagilah hebatnya mareka mimijak kepala mak aku. Mareka tidak ingat, ALLAH itu maha adil.

Tapi aku masih ingat lagi, memang pada waktu ini aku memang terasa sangat "down". Orang lain ade ayah, hari-hari ayah menjemput mareka balik dari sekolah menaiki motor. Aku pulak, pergi dan balik hanya jalan kaki sahaja. Kalau bernasib baik, adelah orang nak tolong tumpangkan. Selalu aku tumpang motor bapak kawan baik aku tu lah itu pun tak hari-hari. Jarak sekolah dari rumah dalam agaran 2 batu. Jauh tu!! Jalan kampung yang ade bukit turn naik bengkang bengkok. Satu halangan aku aku masih ingat lembu garang. Lembu betina yang baru beranak yang dibela oleh orang kampung aku. Memang satu halangan besar sebab dia akan mengejar siapa sahaja lalu di depannya terutamanya pejalan kaki. Pada masa ini juga, arwah ayah aku ade tinggalkan sebuah motor honda C70 tetapi motor tu, mak aku berikan kepada bapak saudara aku. Dia yang paling bongsu adik beradik tiri mak aku. Disebabkan aku kecik lagi, jadi biarlah motor tersebut dijaga olehnya. Apa yang menyedihkan.....sampai sekarang aku ingat....bila balik sekolah, aku selalu berjalan kaki bersama-sama sepupu aku. Tapi, semasa berjalan kaki bersama-sama dijalan kampung, bapak saudara aku akan hanya menjemput dia sahaja pulang ke rumah sedangkan aku ditingalkan balik berjalan bersendirian. Motor tu motor sapa? Ha sebab apa.... sebab aku ni dikira anak buah tiri die kot. Lepas tu, yang die jemput tu pulak anak kakak die yang betul, yang paling kaya kat kampung aku ketika itu sebab suaminya bekerja di Singapura. Pergh orang kaya ni!!! dia punya sombong melangit. Dan suami dia juga lah serta sekutu adik beradiknya yang pernah membuatkan mak aku menangis di depan mata aku. Hebat dia menindas orang miskin dan anak yatim. Mareka tidak ingat, ALLAH itu maha adil.


Umur10-12 tahun

Zaman sekolah rendah ni, aku dikira sebagai pelajar yang boleh tahan pandai jugaklah. Dalam tahun ni juga, aku pernah diberi jawatan sebagai Penolong Ketua Darjah, Ketua Darjah dan seterusnya Pengawas sekolah. Dan pada waktu ini aku memang selalu dapat nombor 5 kebawah tapi tak pernah sekali pun dapat nombor 1. Paling aku ingat masa darjah 6, dapat nombor 2 akhir tahun. Naik pentas ambil hadiah & dapatlah hadiah sebuah buku cerita. Dengan sebab itu, ade seorang cikgu namanya Cikgu Zawiyah (Yang sekarang ni ditakdirkan jadi mak long aku)..sangat berharap agar aku dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Sampaikan, dia mengajar aku tusyen kat rumah die free sbb die tahu aku anak yatim orang susah. Dia tolong aku isikan borang MTD sekolah berasrama penuh degan harapan aku berjaya kesana. Ternyata keputusan aku mengecewakan dia. Aku hanya dapat 1A 4B sahaja. A bahasa Ingeris pulak tu. Tapi ini adalah permulaan, mak aku takde kecewa sangat kot agaknya. Akhirnya, aku hanya mendaftar disekolah menengah biasa sahaja.

Kawan-kawan & Kenakalan

Hah...zaman ni aku dah kurang dan tak kawan dengan member kamcing sekampung aku. Sebabnya, dia dah ada kawan yang baru  masuk kampung. Time ni memang aku rasa sangat "loser"!! lansung tak ada kawan di kampung. Kawan di kelas jauh pulak rumahnya. Time ni juga aku dah ada basikal. Tiap hari balik sekolah, basikal aku dipancitkan tayar nya. Tiap kali pulang ke sekolah, aku di ejek oleh kawan-kawan sekampung tadi. Adui hai, "pressure" nya hidup aku. Pegi belajar fardu ain jumpa mareka-mareka ni. Pergi surau belajar mengaji pun jumpa mare-mareka nih. Aku memang malas nak pergi belajar. tapi mak aku paksa jugak!! Maka terpaksa jugalah pergi, dan terimalah ejekan kawan-kawan sekampung. Kalau duduk dirumah, sama ada akan di rotan atau kena bebel kat mak aku atau kedua-duanya sekali....

Lagi satu cerita, masa aku start umur 12tahun...memang aku seorang yang nakal. Disebabkan tidak ada kawan dikampung, aku suka keluar ke pekan main video game. Balik sekolah, aku curi duit tabung mak aku RM1. Dapatlah main 5 kali video game. Mak aku kerja kebun sayur kat kampung. Pergi pagi balik petang. Jadi, bila aku balik sekolah, kat rumah tiada siapa pun sebab kakak aku dah tinggal di asrama. Dan sampailah, ke sekolah menengah, aku meneruskan tabiat yang tidak elok ni. Kebanyakan hari bila balik rumah waktu petang, pasti akan bergaduh dengan mak aku yang dia memang dah siap-siap kayu nak rotan aku. Bergaduh dengan kata-kata kesat pulak tu yang aku cakapkan kat mak aku. Kena rotan dengan kayu & hanger dawai baju dah memang biasa. Masa ini, memang aku tidak ada perasaan sayang lansung kat mak aku. Boleh dikatakan, setiap kali bergaduh, pasti aku akan membuatkan mak aku menangis. Samapaikan ade suatu ketika, lepas bergatuh tu, mak aku "sound" untuk memujuk aku "ko tak nak mintak maaf kek mak ko?" Ya ALLAH...memang aku seorang anak yang derhaka!! Itulah dia, kanak-kanak yang belum matang & tidak tahu hukum hakam lagi.

Masyarakat & Penghargaan

Zaman ini juga, seingat aku kami tidak pernah lansung menerima bantuan zakat atau sedekah dari orang-orang yang berkemampuan. Cuma ade sekali sahaja sepanjang hidup aku dapat bantuan daripada hasil usaha Ketua Kampung yang dedikasi (Dia bekas Guru Besar & BUKAN seorang yang tidak berpendidikan tinggi). Kenapa ya jadi begitu?? Ha.... sudah tentulah disebabkan kami orang susah, tidak ade siapa yang hendak pedulikan....tiada siapa yang nak ambil tahu & tiada kepentingan pulak tu!!! Dan hal ini aku tahu, bukan hanya berlaku kepada keluarga kami sahaja, malahan anak-anak yatim & keluarga-keluarga susah yang lain. Inilah hakikat dunia, dipuja bila berharta dan ditindas bila tiada apa. Bagi yang "berada" mareka sangat gembira melihat kesusahan orang lain tetapi sakit hati dengki pula apabila melihat kejayaan dikecapi orang lain. Malangnya, perkara ini adalah lumrah dan sudah sebati kepada masyarakat sehingga ke hari ini.

Kesimplanya Daripada Zaman Kanak-Kanak

Bagi aku zaman ini adalah suatu zaman yang seimbang diantara kegembiraan, kedukaan dan tekanan hidup. Syukur ALLAH telah melindungi aku daripada terjebak kepada perkara-perkara yang boleh mengelapkan masa hadapan aku. ALHAMDULLILAH!! aku percaya ia adalah berkat daripada doa mak aku yang tak pernah jemu.


Kahas utuk Mak:-

Menambat Rakit

Sesudah demikian lama dicintai,
sukarlah dilupakan.
Inti pengalaman, kepedihan;
akar kerinduan keresahan…
Memang begitu banyak
diperlukan kekuatan,
kepangkalan batin, rakit ditambatkan
bara kenangan dikuatkan
Akhirnya, tak terduga, kekuatan membuak sendiri,
dan disedari, semua takkan sampai, ke dasar inti.
Tiada lagilah bezanya,
sama ada hilangnya kemudian
atau tenggelamnya sekarang.
Tiada juga bezanya ,
jika ia langsung tak datang
atau tiba-tiba terkorban
Kepiluan yang berlanjut akhirnya,
ditenterami keyakinan,
betapa dielak puntakdir
tetap terbuka pintunya
bertanya: manusia, engkau ini sebenar-benarnya siapa..

~A. Samad Said (1985 )

Bersambung.....


Salam Permulaan


Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa!
Aku tak ingat hari ni puasa yang ke berapa sebabnya sekarang berada di Offshore Norway. Tempat yang paling pelik & unik pernah aku sampai. Tengah malam pun matahari masih terpacak tegak kat kepala! Bayangkan lah macam mana nak berpuasa di sini. Tapi, aku tetap berpuasa mengikut jadual sembahyang di kawasan ini.Itulah sebabnya "Mat Salleh" panggil negara ni sebagai "The Land of Midnight Sun"

Sedang enak baru berbuka puasa jam 8mlm.....tiba-tiba terpancar cahaya matahari di sebalik awan yang mendung terus merentasi tingakap "galley" (Tempat makan di dalam kapal).

OK..Dipendek kan cerita, sekarang ni tgh cuba men "setting" layout blog. Penulisan pertama ini digunakan untuk melihat hasil "setting" an layout yang dibuat.

Tujuan penulisan blog ini adalah:-
Untuk mendokumentasikan perjalanan hidup aku dari kecil sehingga sekarang (Anak dah nak masuk 4 org). Dengan harapan ia akan menjadi kenangan terindah bagi aku dan juga untuk disampaikan kepada anak-anak sebagai pengajaran tentang hidup dan hakikat kehidupan di dunia ini. Segala cerita adalah benar. Tidak ada penambahan mahupun rekaan semata-mata. Terima kasih kerana sudi membaca.

Sebuah puisi pembuka kata
TETAMU SENJA

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat 

~ A. Samad Said

Bersambung.....